Sunday 8 December 2013


Keistimewaan Kain Sulam Bukittimggi

Busana yang dipenuhi dengan sulaman semestinya mampu menambat hati setiap wanita. Apatah lagi sulaman itu di atas lembaran tekstil polos. Kehalusan sulaman tentunya semakin menyerlah berbanding sulaman di atas fabrik yang dipenuhi lakaran bercorak.

Segelintir kaum wanita sanggup membayar jumlah wang yang besar semata-mata mahu mendapatkan sepasang baju yang mempunyai jahitan sulam berkualiti mengikut keinginan masing-masing.
Bagi fabrik berasal dari Bukit Tinggi, Indonesia, keistimewaannya terletak pada sulaman yang telah dijahit terus ke atas kain.


Itu bermakna, lembar kain yang dibeli sudah siap mempunyai sulaman di bahagian yang sering menjadi permintaan orang ramai.

Petikan : Kosmo, 8 Disember 2013

No comments:

Post a Comment